Monday, January 19, 2009

Al-kisah Alor Gajah

PROUD TO BE ALOR GAJAH CITIZENS


Memandangkan aku ni anak jati alor gajah.. meh aku nak story skit kat korang macam mane.. gajah yang sememangnye korang tau sejenis haiwan omnivor boleh digunapakai namenye untuk dijadikan name daerah yang semakin terkenal di Malaysia.. ( eceh terkenal ke??) terkenal beb...

Alkisahnya bermula begini... eceh..

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah. Menurut Ketua Kampung pekan Alor gajah Tuan Baharuddin Mohd Tahir mengenai asal usul Alor gajah, pada awalnya Alor Gajah adalah hutan. Dalam kurun ke-1500, apabila Portugis menyerang Melaka, Sultan Mahmud Shah lari ke Johor melalui Tangkak, Johor. Orang-orang lain pindah dari Melaka dan tiba di satu kawasan lebih kurang 2 kilometer selepas tapak pekan Alor Gajah. Tempat baru yang mereka tiba dikenali sebagai Melaka Pindah.

Mereka menggunakan kuda untuk perjalanan mereka. Untuk mengangkut barang-barang, mereka menggunakan gajah. Akibat dilalui gajah-gajah, sebahagian hutan tersebut terjadi laluan atau alur yang dipanggil “Alor Gajah”.Beberapa keluarga yang datang dari Melaka membuat rumah di laluan tersebut sebelum sampai di Kampung Melaka Pindah. Nama perkampungan ini menjadi Kampung Baru Alor Gajah. Sebelum tiba di Alor Gajah terdapat satu kampung bernama Solok Gajah Mati, Mukim Sungai Petai. Di sinilah gajah-gajah yang tua dilepaskan dan mati.


Selain daripada itu, kawasan-kawasan sekitar Kampung Baru Alor Gajah diduduki orang seperti Kampung Jelatang, Kg Sungai Petai, Kg Pegoh, Kg Paya Datuk, Kg Pengkalan, Kg Rumbia, Kg Ayer Pa’abas, Kg Padang Kambing dan Solok Haji Zakaria, Kg Tebat, Kg Kelemak, Kg Melekek, Kg Paya Rumput.

Di tengah-tengah Alor Gajah terdapat Dataran Keris dan Muzium Alor Gajah. Ditempatkan dalam muzium ini ialah barang-barang purba yang diperolehi daripada penduduk kampung-kampung tersebut. Sebahagian besar penduduk adalah petani padi kerana kawasan ini rata dan iklim sesuai untuk menanam padi.

Barang-barang dalam Muzium terdiri daripada perkakasan pertanian, dan nelayan. Terdapat juga basikal antik dan barangan peralatan dalam rumah.

Menurut lagi satu sumber.. nama Alor Gajah diperolehi daripada perkataan “Alligeah” iaitu satu perkataan Belanda yang bermaksud “Kesetiaan”.Dalam bahasa Inggeris bermaksud “Allegiance” (kesetiaan).(loyalty, faithfulness, fidelity, adherence, constancy, deference, devotion, homage – [Sumber Family Word Finder, Readers’ Digest-1975]

Alligiance = From Middle English, Anglo French, (Ligean
ce Old French – Sumber :The Concise Oxford Dictionary, Oxford University Press, 1974]

Menurut Tuan Haji Kassim, seorang bekas Pegawai Penempatan Pejabat Daerah, Alor Gajah, ada seorang askar Belanda yang terbunuh semasa berperang dengan pahlawan tempatan di hutan Alor Gajah. Kuda dan anjingnya menunggu dengan setia sebelah mayat askar itu selama beberapa hari sehingga turut mati.

Untuk mengenangkan kesetiaan kuda dan anjing tersebut, bangkai-bangkai haiwan tersebut telah dikuburkan sebelah kubur askar itu.

Sempena kesetiaan binatang itu kepada tuannya, tempat ini telah dinamakan “Allgeah”, yang lama kelamaan bertukar menjadi “Alor Gajah”. Kubur-kubur itu masih wujud, dan terletak di dalam kawasan sekolah lama saya, Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1.

ok.. korang sume dah bace kan sejarah tentang Alor gajah.. skang ak nak share kat korang.. ape yang menariknye tentang alor gajah ni..

first skali yang paling meletop kat pekan Alor gajah ialah..

taraaaaa... KUEH UDANG ALOR GAJAH... memang tersohor di melaka.. perghh rase die cakap korang.. tiada bandingannye lah.. aku sarankan kat korang untuk mencubanye.. gerai kueh udang ni terletak btol2 blakang perhentian bas alor gajah.. kire kalu korang turun2 je bas.. bleh trus g pekene kueh udang ni la.. memang terangkat r beb!!!

secondly yang pemes kat alor gajah..

dah tentu2la A'famosa resort beb.. korang kalu dah masuk kat sini.. memang gurenti xnak kluar punyelaa.. best r utk relax2 weekend.. lepak2 sambil mandi2, men golf ke, untuk ekstrem sport pon ad, ad safari, cowboy town.. ala mcm pekan koboi kat texas tu n banyak lagi la kemudahan.. memang enjoylaa beb...

isyh banyak lagi tempat yang menarik kat Alor Gajah ni.. tuk memudahkan korang travel skitar bandar Alor Gajah ni.. haa ni antara tempat2 menarik yang perlu korang kunjungi...

memang puas hati jenjalan kat sekitar bandar Alor Gajah ni.. banyak tempat menarik yang boleh korang lawati.. haa ni ad lg satu.. korang jangan nek heran plak.. bile korang driving ternampak gajah tepi2 jalan.. tu normal beb.. huhu.. tourist memang suke amik gambo ngan gajah2 ni.. contohnye mcm tourist ni..(slumber je die) huhuhu...

Ade jugak yang jadikan binatang ni sebagai binatang peliharaan.. aloh mcm pets dioang la.. xheranla kalu petang2 kalu korang nampak.. owner dioang bawak "pets" dioang ni g jenjalan.. ngeh2!!

tolong jangan wat aksi ni kat rumah ye.. bahaye beb.. gajah ni tercekik tulang.. tu yang owner kesayangan die tu check kan utk die tu.. huhu.. isyh.. banyak btol yg aku meraban ni.. sampai ke besok pon blom tentu sudah.. huhu.. akhir kata.. melawat MELAKA bererti melawat MALAYSIA.. chalow.. (0('(..)')0)

2 comments:

  1. apsal dia c masuk muka dia dalam gajah tu? nak jadi habuan erk? seram2

    ReplyDelete